Salam mesrah,

Blog ini untuk dijual.
pagerank google-PR1,Fanpage blog 900 lebih like.sudah 2 minggu tak update masih mendapat 400-500 traffik perday!.
Harga yang di tawarkan-rm250.berminat sila contact my facebook atau email ke ctboy_88@ymail.com

Menantu hantu

KUALA LUMPUR: Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa dilarikan menantu lelaki sejak tiga tahun lalu dan kini dikatakan menjadi pelacur.

Wanita berusia 57 tahun itu kini hanya mampu berdoa supaya tiga anak perempuan yang berusia 30-an bersama enam cucu berusia antara dua dan 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga.

Warga emas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 57, berkata, sumber polis dan bomoh yang ditemuinya berkata, ketiga-tiga anaknya itu kini dipercayai berada di negara jiran.

Rohaya berkata, menantu mualaf berusia 40-an yang berniaga di pasar malam itu mengahwini anak perempuan sulungnya pada 2005 dan tembelangnya terbongkar pada September 2009 apabila mengambil kesempatan membawa lari adik iparnya berusia 31 tahun yang sudah bersuami bersama lima anaknya yang berusia di antara dua bulan dan tujuh tahun.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, katanya, pada 2010 sekali lagi dia sekeluarga dikejutkan dengan berita kehilangan anak kedua berusia 34 tahun bersama tiga anak perempuannya yang dibawa lari menantunya itu dari rumah suaminya di Batu Kurau, Perak.sumber

More aboutMenantu hantu

Budak 9 tahun cuma boleh makan makanan bayi

NEW YORK: Ramai kanak-kanak lelaki yang meningkat remaja mengamalkan diet yang membosankan tetapi untuk seorang budak, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana dia mungkin boleh mati.

Joshua yang berusia sembilan tahun, mengalami penyakit yang jarang ditemui, dikenali sebagai “eosinophilic esophagitis” yang bermaksud dia alah dengan pelbagai jenis makanan dan boleh membawa maut.
Bagi kanak-kanak biasa makanan seperti piza, hot dog, sandwic mentega kacang dan jam adalah normal tetapi tidak bagi Joshua kerana dia mengalami alahan dengan muntah, cirit birit atau serangan anafilaksis.
Bau dari makanan juga boleh membawa maut kepadanya.

Ini bermakna, ibu dan bapanya mesti memasak untuk seluruh keluarga menggunakan gril di luar.

Bapanya, Brant berkata, “Yang paling sukar bagi saya, dia tidak boleh makan apa yang kami makan.”

Joshua hanya boleh makan makanan bayi setiap hari. Selain itu dia doktor memberikan formula untuk meningkatkan nutrien dalam badan melalui tiub di perutnya.

Joshua juga diberi pendidikan di rumah oleh ibunya, Cara, disebabkan penyakit yang membuatkan dia lesu.

“Setiap hari, Joshua akan bangun pada jam 6.45 pagi kerana dia mendengar bunyi enjin bas sekolah,” katanya.

Katanya, “Kadang-kadang dia akan memandang ke luar tingkap dan menangis kerana dia tidak boleh naik bas itu, dia tidak boleh naik bas sekolah dengan kanak-kanak lain.”sumber
More aboutBudak 9 tahun cuma boleh makan makanan bayi
next page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...